Kita
belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun, tetapi tetap juga tidak mahir
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Apakah silapnya? Kita boleh
membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap, tetapi
jadi gemuruh, rasa macam budak - budak, malu dan segan.
Kita
juga ingin belajar, mahir dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak
mempunyai buku rujukan dan panduan yang tepat serta bersesuaian. Yuran
yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris (BI) juga terlalu mahal. Paling mahal Linguaphone.. hampir beribu - ribu harganya..
Hari ini penggunaan BI sangat penting di dunia tidak kira di dalam atau di luar negara. Di dalam negara pun sudah mula dibanjiri penggunaan BI. Kerajaan telah menekankan penggunaan BI di semua sektor-sektor swasta mahupun kerajaan. Juga sekarang ini, dalam temuduga kerja pun sudah mula menggunakan BI. Susah bagi kita untuk mendapatkan kerja jika tidak mahir dan menguasai BI. Semuanya BI. Melancong di dalam atau di luar negara perlu mahir BI. Hampir semua hotel-hotel di tempat pelancongan menggunakan BI. Susah juga bagi kita jika tidak tahu BI. Contohnya, untuk mengajar BI kepada anak-anak sendiri perlu juga pandai BI. Bahkan buku, surat akhbar, movie menggunakan BI sebagai bahasa mendium mereka.
Kita belajar BI dari tadika sehingga ke Universiti, tetapi masih lagi tidak mahir dan menguasainya. Apakah sebabnya? Salah bapa atau ibu ke? Persekitaran? Atau sebab-sebab lain. Sama-sama kita fikirkan. Bah kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri..
Sebenarnya,
yang paling NYATA adalah cara pengajaran tersebut yang kurang berkesan.
Kita diajar bahasa inggeris dengan tujuan untuk lulus peperiksaan.
Orang inggeris sendiri berterabur grammarnya, kita pula lebih - lebih
belajar grammarnya. Apa yang penting adalah "mampukah kita menguasai Bahasa inggeris ini?
Untuk
menguasai bahasa Inggeris dengan mudah - kita perlu tahu teknik -
teknik yang sebenarnya. Buangkan kaedah - kaedah menguasai bahasa
inggeris yang kita pelajari dahulu..TIDAK BERKESAN..
Menguasai
bahasa kedua, apatah lagi bila kita telah dewasa, memang sukar tetapi
kita boleh mempercepatkan proses ini jika kita belajar dari
pengalaman-pengalaman mereka yang telah berjaya melaluinya. Di sini saya
senaraikan kaedah-kaedah/tips-tips pembelajaran BI yang juga penting:
--------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------
1) Jangan Malu.
1) Jangan Malu.
Kebanyakan
orang yang tidak tahu atau kurang mahir dalam BI malu dan segan untuk
bertutur atau bercakap dalam BI. Mereka merasakan dirinya kurang
berbanding orang lain. Sikap ini perlu dihindari dan perlu diubah.
Sebenarnya kita telah membuat kesilapan jika malu untuk belajar dan
bertutur dalam BI. Jangan kita biarkan perasaan malu ini melemahkan diri
kita untuk terus maju dan ianya juga menyebabkan proses pembelajaran
akan menjadi lambat. Jadi ubahkan sikap dan pemikiran kita mengenai hal
ini.
2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris.
2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris.
Langkah
ini juga penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap BI. Maksud saya,
semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambilberat dan dijadikan
proses pembelajaran. Contohnya, kita boleh melakukannya melalui
pergaulan, hiburan, media, pembacaan dan lain. Kita boleh menonton
rancangan TV atau televisyen dalam Bi dan cuba untuk memahami pertuturan
yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Perlu diingat jangan membaca
sarikata bahasa Malaysia kerana ianya tidak ada kesan langsung terhadap
BI kita. Kita juga boleh membaca buku-buku BI, novel-novel BI dan
akhbar-akhbar Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa dan
seterusnya memahami tentang BI. Seterusnya berbuallah dengan rakan kita
dengan menggunakan BI. Lebih baik lagi jika rakan anda dapat
memperbaiki nahu anda. Kaedah-kaedah ini membuatkan pembelajaran anda
lebih menyeronokkan.
3) Bahan-Bahan/Alat-Alat Pembelajaran
Bahan-bahan
pembelajaran pun tetap penting. Ini kerana ianya boleh menjadi sebagai
alat untuk pembelajaran BI. Kita boleh memiliki atau membeli bahan-bahan
tersebut untuk pembelajaran BI kita. Contohnya, boleh membeli seperti
audio Cakera Padat (CD), Video Cakera Padat (VCD) atau buku-buku khas
untuk pembelajaran BI. Kamus BI juga jangan lupa. Sentiasa dekat dengan
kamus BI. Dengan cara ini, kita boleh belajar di rumah secara sendirian.
4) Cari Mentor atau Guru
4) Cari Mentor atau Guru
Kita
jangan segan untuk menuntut ilmu dengan mentor atau guru. Bak kata
pepatah menuntut sampai ke liang lahad. Cara yang paling berkesan untuk
pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) adalah menuntut ilmu (BI) dengan guru
atau cikgu. Ini kerana kita akan ditunjuk ajar dengan cara yang betul
dan berkesan disamping pengalaman luas tentang ilmu yang dimiliki oleh
seseorang guru. Kita boleh terus bertanya kepada guru dan membuat
latihan BI seberapa yang banyak.
Jika
segan juga, kurang mampu atau terlalu sibuk, belajarlah secara online.
Kami dapat membantu anda. Anda boleh melayari blog-blog lain mengenai BI
dan cuba membaca sehingga habis serta seterusnya memahami penggunaan
bahasa inggeris dengan baik.
Mahukah anda ketahui teknik - teknik menguasai bahsa Inggeris yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Susah tentu ianya akan membantu anda:
- mudah mendapat kerja
- mudah melancong..
- mudah naik pangkat..
- mudah mengajar anak sendiri untuk berbahsa Inggeris..


No comments:
Post a Comment