Wednesday, February 1, 2017

Panduan Interview: Contoh Soalan Bahasa Inggeris semasa temuduga kerja.

temuduaga dalam bahasa inggerisBerikut adalah contoh soalan yang biasa penemuduga mengajukan soalan kepada calon temuduga semasa temuduga kerja dalam Bahasa Inggeris. Ada banyak soalan yang boleh diajukan kepada calon temuduga. Gunakan masa terakhir dalam sesi temuduga anda dengan sebaik-baiknya.

Some expression below are uasually used in a job interview:
  • Do you have any experience?
  • Let’s talk about your educcational background.
  • Tell me about yourself.Tell me about yourself.
  • Tell me about your strengths and weaknesses?
  • Where did you get the information?
  • How muchsalary are you looking for?
  • Why are you interesting in thi job?
  • Are you willing to moveto our branch office?
  • Asking about Someone’s Job descriptive informal
  • I would like to know what you do.
  • What  are your responsibilities?
  • What are you duties?
Formal
  • Could you tell me what your Responsibilities are?
  • Could you tell me what your duties?
  • Would you tell me what your task are?
Below are some example of personal person’s Job decription.
  • A secretary is responsible for receiving phone calls,typing letters,filling,documrnts,arranging meeting,and other duties.
  • A public relationperson hs a duty to build a good relationship with other companies and colleageues.

Asking About Someone’s educational background
  • Can you tellmewhen you you graduated from?
  • Where didi you graduate from?
  • I would like to know where you studied.
  • What major did you take there?
  • Could you tell me about your major?
Below are examples of talking about your edicational background
  • I graduatued from the School Foreign Language
  • My major were Tourisma and English
  • I majored in management

Sila dapatkan ebook Strategi Penguasaan Bahasa Inggeris mudah di sini. Pratikal, Bermotivasi dan Berkesan! Ketahui lebih lanjut dengan klik di sini. 
.
.

Tuesday, January 31, 2017

Panduan Bahasa Inggeris: Mungkin Tersilap Jika Menterjemah Bahasa Inggeris Bulat-Bulat

BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai Contoh:

She was so BORED that she fell asleep
Dia berasa bosan lalu tertidur.

BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.

Contoh:

The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.

Kesimpulannya, kalau anda nak katakan "seseorang itu berasa bosan", gunakan BORED. Kalau nak katakan "sesuatu itu membosankan" gunakan BORING.

Sekian.

Strategi penting penguasaan Bahasa Inggeris perlu dititikberatkan. Ebook Penguasaan Bahasa Inggeris ini sangat Praktikal, Bermotivasi dan Berkesan. Ketahui lebih lanjut dengan klik di sini.





Monday, January 30, 2017

Teknik dan Panduan Menguasai Bahasa Inggeris


Kita belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun, tetapi tetap juga tidak mahir menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Apakah silapnya? Kita boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap, tetapi jadi gemuruh, rasa macam budak - budak, malu dan segan.
Kita juga ingin belajar, mahir dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan dan panduan yang tepat serta bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris (BI) juga terlalu mahal. Paling mahal Linguaphone.. hampir beribu - ribu harganya..

Hari ini penggunaan BI sangat penting di dunia tidak kira di dalam atau di luar negara. Di dalam negara pun sudah mula dibanjiri penggunaan BI. Kerajaan telah menekankan penggunaan BI di semua sektor-sektor swasta mahupun kerajaan. Juga sekarang ini, dalam temuduga kerja pun sudah mula menggunakan BI. Susah bagi kita untuk mendapatkan kerja jika tidak mahir dan menguasai BI. Semuanya BI. Melancong di dalam atau di luar negara perlu mahir BI. Hampir semua hotel-hotel di tempat pelancongan menggunakan BI. Susah juga bagi kita jika tidak tahu BI. Contohnya, untuk mengajar BI kepada anak-anak sendiri perlu juga pandai BI. Bahkan buku, surat akhbar, movie menggunakan BI sebagai bahasa mendium mereka.

Kita belajar BI dari tadika sehingga ke Universiti, tetapi masih lagi tidak mahir dan menguasainya. Apakah sebabnya? Salah bapa atau ibu ke? Persekitaran? Atau sebab-sebab lain. Sama-sama kita fikirkan. Bah kata Nabil Raja Lawak, Lu pikir la sendiri..
Sebenarnya, yang paling NYATA adalah cara pengajaran tersebut yang kurang berkesan. Kita diajar bahasa inggeris dengan tujuan untuk lulus peperiksaan. Orang inggeris sendiri berterabur grammarnya, kita pula lebih - lebih belajar grammarnya. Apa yang penting adalah "mampukah kita menguasai Bahasa inggeris ini?
Untuk menguasai bahasa Inggeris dengan mudah - kita perlu tahu teknik - teknik yang sebenarnya. Buangkan kaedah - kaedah menguasai bahasa inggeris yang kita pelajari dahulu..TIDAK BERKESAN..

Menguasai bahasa kedua, apatah lagi bila kita telah dewasa, memang sukar tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini jika kita belajar dari pengalaman-pengalaman mereka yang telah berjaya melaluinya. Di sini saya senaraikan kaedah-kaedah/tips-tips pembelajaran BI yang juga penting:

--------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------

 1) Jangan Malu

Kebanyakan orang yang tidak tahu atau kurang mahir dalam BI malu dan segan untuk bertutur atau bercakap dalam BI. Mereka merasakan dirinya kurang berbanding orang lain. Sikap ini perlu dihindari dan perlu diubah. Sebenarnya kita telah membuat kesilapan jika malu untuk belajar dan bertutur dalam BI. Jangan kita biarkan perasaan malu ini melemahkan diri kita untuk terus maju dan ianya juga menyebabkan proses pembelajaran akan menjadi lambat. Jadi ubahkan sikap dan pemikiran kita mengenai hal ini.

2) Keliling diri dan dekatkan dengan bahasa Inggeris

Langkah ini juga penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap BI. Maksud saya, semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambilberat dan dijadikan proses pembelajaran. Contohnya, kita boleh melakukannya melalui pergaulan, hiburan, media, pembacaan dan lain. Kita boleh menonton rancangan TV atau televisyen dalam Bi dan cuba untuk memahami pertuturan yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Perlu diingat jangan membaca sarikata bahasa Malaysia kerana ianya tidak ada kesan langsung terhadap BI kita. Kita juga boleh membaca buku-buku BI, novel-novel BI dan akhbar-akhbar Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa dan seterusnya memahami tentang BI. Seterusnya berbuallah dengan rakan kita dengan menggunakan BI. Lebih baik lagi jika rakan anda dapat memperbaiki nahu anda. Kaedah-kaedah ini membuatkan pembelajaran anda lebih menyeronokkan.

3) Bahan-Bahan/Alat-Alat Pembelajaran
 
Bahan-bahan pembelajaran pun tetap penting. Ini kerana ianya boleh menjadi sebagai alat untuk pembelajaran BI. Kita boleh memiliki atau membeli bahan-bahan tersebut untuk pembelajaran BI kita. Contohnya, boleh membeli seperti audio Cakera Padat (CD), Video Cakera Padat (VCD) atau buku-buku khas untuk pembelajaran BI. Kamus BI juga jangan lupa. Sentiasa dekat dengan kamus BI. Dengan cara ini, kita boleh belajar di rumah secara sendirian.

4) Cari Mentor atau Guru 

Kita jangan segan untuk menuntut ilmu dengan mentor atau guru. Bak kata pepatah menuntut sampai ke liang lahad. Cara yang paling berkesan untuk pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) adalah menuntut ilmu (BI) dengan guru atau cikgu. Ini kerana kita akan ditunjuk ajar dengan cara yang betul dan berkesan disamping pengalaman luas tentang ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru. Kita boleh terus bertanya kepada guru dan membuat latihan BI seberapa yang banyak. 

Jika segan juga, kurang mampu atau terlalu sibuk, belajarlah secara online. Kami dapat membantu anda. Anda boleh melayari blog-blog lain mengenai BI dan cuba membaca sehingga habis serta seterusnya memahami penggunaan bahasa inggeris dengan baik.

Mahukah anda ketahui teknik - teknik menguasai bahsa Inggeris yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Susah tentu ianya akan membantu anda:

- mudah mendapat kerja

- mudah melancong..

- mudah naik pangkat..

- mudah mengajar anak sendiri untuk berbahsa Inggeris..
Jika anda benar - benar ingin menguasai bahasa Inggeris dengan cepat, mudah dan berkesan...Inilah penyelesaiannya: Saya syorkan anda dapatkan ebook Panduan dan Teknik yang mudah dan berkesan untuk belajar Bahasa Inggeris. Saya sendiri telah membacanya dan ianya memang lengkap. Sesuai dijadikan panduan untuk kita yang tidak mahir menguasai Bi. Sila klik di sini untuk dapatkan produk yang saya syorkan tadi. Buka dan klik di sini sekarang

Suatu Cerita!! Sebab Kenapa Anda Perlu Kuasai Bahasa Inggeris!

 Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda. Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...

Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?”

Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”

Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”

Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah

Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”
Pelancong: (Bingung)

Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board".

Pelancong: “Thank you very much.”

Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar.
 
National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”

Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan anda? Apakah situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud saya anda masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti. Rentetan daripada ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris. Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacita dan gundah gulana. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja melancarkan ebook beliau yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. 

Saya beritahu anda, ebook ini lain daripada yang lain. Ia mendedahkan kepada anda strategi yang anda perlu ada untuk menguasai bahasa inggeris. Di samping itu, teknik untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar juga diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook ini. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik di sini